Friday, February 28, 2014

Kebodohanku dan Kebaikanmu



I'm sorry that I love you...


Aku bodoh. Sungguh bodoh. Dikala kau tersenyum bahagia bersamanya, aku merantai perasaan penuh harapan. Aku sedar siapa diriku ini. Tak berkepentingan langsung tak diendah. Ibarat seketul batu di tepian jalan. Disepak aku turut, dipijak aku rela. Mengapa? Kenapa? Kerana aku bodoh. Sungguh bodoh. Tatkala kau kesedihan, aku turut bersedih. Di kala kau berduka, aku turut berduka. Di saat tanganmu pijar, aku turut merasa pijarnya. Aku bodoh. Sungguh bodoh. Aku ingat aku mampu, rupa-rupanya tidak. Jauh sekali dari perkataan OK. Aku bilang tempoh hari aku sanggup reset hatiku ini. Telah aku cuba. Sungguh, aku telah mencuba. Tidakku ku mampu. Mungkin aku lemah. Ya, aku lemah. Namun itu khilafku. Telah aku cuba. Dan aku gagal. Maafkanku kiranya aku tak mampu jadi yang terbaik buatmu. Ku tau dia mampu buat kau tersenyum. Aku terima.


Kau baik. Sungguh baik. Kali pertama ku lihatmu duduk di kerusi merah itu, aku dapat rasakan kau adalah sempurna. Mana mungkin! Mereka kata tiada yang sempurna di dunia ini tapi mengapa kau wujud? Perlahan-lahan ku perhatikanmu. Gerak-gerimu. Tingkah lakumu. Kau baik. Sungguh baik. Dua tahun didarab dengan beberapa bulan. Ya, 24 bulan aku mengenalimu. Satu tempoh yang panjang. Rasanya amat perlahan detik itu berlalu. Tika dan detik itu, aku hanya mampu melihat kau dari jauh. Dikit-dikit, perasaan makin berputik. Aku cuba mencari yang lain. Namun hatiku tertutup. Hanya ada kau dalam hatiku. Kau baik. Sungguh baik. Di saat aku sedih. Kau ceriakan hariku. Di saat ku sakit. Kau jadi doktor. Di saat aku sunyi. Kau jadi peneman. Kau baik. Sungguh baik.


Aku bersyukur di atas tiap senyuman yang kau beri padaku. Aku berterima kasih akan kebaikanmu. Aku gembira tiap kali kau berjenaka. Aku bahagia melihat kau tersenyum. Tutur katamu membuatkan orang di sekeliling senang akan hadirmu. Kau baik. Sungguh baik. Waktu-waktu bersamamu membuatku berfikir. Alangkah bahagianya andai dapat bersama insan istimewa. Kau sangat istimewa. Sungguh istimewa. Namun apakan daya, kebodohanku mengatasi rasa secebis bahagia yang ku rasa buat sedetik. Walau bahagia itu seketika, aku tetap bersyukur. Kau mungkin tertanya-tanya. Mengapa aku jadi begini. Ingin ku jawab sejujur hatiku namun aku tak punya jawapan bagi soalan itu. Aku tertanya-tanya mengapa akhirnya aku jadi begini? Mengapa? Rupa-rupanya aku bodoh. Itu sebabnya. Bahagia yang digarap hanyalah khayalanku semata. Ilusi yang ditokok tambah dengan permainanmu. Hatiku tiada nilai. Samalah ibaratnya diriku yang batu di jalanan ini. Bodoh! Ini semua bodoh! Semua silapku. Semua khilafku. Bukan aku minta rasa bodoh ini. Apakan lagi harapan yang tinggi menggunung agar kau jadi milikku. Bodoh! Ini semua bodoh! Hoi batu! Bangunlah dari mimpimu!


Sekarang aku sedar. Aku harus pergi. Aku tak seharusnya mengganggu kebahagiaanmu. Melihat kebahagiaanmu membuatku tersenyum di kejauhan. Aku hanya mampu mengukir senyuman. Walau senyumku tak seikhlas perasaanku, paling kurang aku dapat menipumu. Kau Tanya apakah aku OK? Ya, aku OK. Lantas ku tersenyum. Senyum di bibirku hanyalah helah menutup egoku. Tapi lihatlah ke dalam mataku. Mataku tidak mampu menipu. Mataku tidak mampu menyorok kesedihanku. Aku penat. Sungguh penat. Sekarang musim kemarau. Air mataku tak mampu lagi mengalir. Mataku kering. Pedih. Sungguh pedih.


Bukan aku yang kau perlu. Bukan aku yang kau cari. Bukan aku yang kau sayang. Izinkan aku undur diri. Maafkanku kerana selalu memberi kau kesedihan. Maafkanku kerana aku tak mampu buat kau tersenyum. Maafkanku kerana aku terlalu sayangkan kau. Maafkanku kerana mencintaimu. Maafkan kebodohanku.  Buat setiap kata-kata manismu, ku ucapkan terima kasih. Buat setiap saat kau luang bersamaku, ku ucapkan syukran. Buat secebis bahagia yang kau berikan, ku ucapkan thank you. Aku doakan agar kau bahagia dengannya. Jadikan dia yang terbaik kerana itu yang kau pilih. Kerana aku sayangkan kau, ku undur diri. Selamat tinggal sayangku.

3 comments:

Anonymous said...

Ye kau mmg bodoh!hey boley buat novel ni..haha..cicok jengka.. ;p

~fiNdinG a VoiCe~ said...

Aku memang bodoh :)

Unknown said...

cam cerpen plak...
hihihi,,,,
pe2 pon be selfie ckit...
things ourself