Monday, December 5, 2011

Tenanglah Abang di sana....A true story worth to read...

Hey there peeps, do take your time reading this ya. I promise you guys..it's going to be worthy to spend time reading this... BTW, I got this from a friend's page on FB (courtesy of and many thanks to Muhammad Nazrul) :)
----------------------------------------------------------------------
  
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mandikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terakhir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. Biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. Tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata pun air mata akak tak jatuh ke pipi?! Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu???

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
----------
Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. Kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah...
Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak minta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang ke rumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa hari ni?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit sahaja abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung...

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka dukung abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada di antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya...

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak pergi, semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang minta pada pukul 3.00 pagi!!!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan...

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Keadaan Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat-saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. ; doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta...

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik...

8 April 2011
- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu...

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaannya meningkat naik.  Sangat memberangsangkan! Tapi hati mak dapat rasakan abang hanya sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi".

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang minta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia fana ini...

9 April 2011-

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usia dua bulan dan ada di antara pembedahannya gagal. Malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut.

Walaupun pada awalnya doktor menjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa)
Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah teramat kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang semakin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. Kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, saat ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! Kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini! Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratul maut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. Pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!" 
Abang, sekarang mak dah dapat jawapannya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah ditakdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya ilmu pengetahuan.

Mak telah beri segala-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi...

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang, tenanglah abang di sana, ameen...
 ---------------------- 

Tuesday, October 18, 2011

True indeed.

"You can’t please everybody because sometimes you have to hurt someone to make another one happy."


Monday, October 17, 2011

Heartless...beyond idiotic...


See...how heartless people can be...MasyaAllah...Nauzubillah...

What happened?

A Chinese kid was hit by a car. The driver noticed that the kid was injured, but decided to continue his way and hit the kid again with his back wheel.
 
18 people passed by the kid and did not seem to care for what happened. A further car is coming on the road and hit the kid once more. Tragic.
 
After 10 minutes, someone carried the kid out of the road and the mother came.
 
This happened on a busy street in Guangzhou Foshan (see the small shop around there. The shop owner and the passing people did not care at all)
 
The father who talks explains what the driver of the car has told him. All he asked was his bank account number and how much compensation he wants. 

What do you think peeps????  Seriously???

Sunday, October 16, 2011

Remaja kita...


Ignorance + Ego = Tak ke mana pun

Thursday, October 6, 2011

A ghost without a home...

A ghost without a home...

I whisper in the silence
craving for a place to stay
unworthy not even for a pence..
can't even beat 20cents worth of shining on a tray...

Soft like a piece of cotton wool...
then sucked and placed in a vacuum...
hollow.
used to be valued.
used to be overwhelmed.
but the feeling's gone.

nothing but a waste of space.
everyone passes by and ignores me.
i'm just a ghost without a home.


written by,
aNs,
6 Oct 2011.
while listening to Gray Catbird by Dan Gibson.

Hooray!!!

What a relief. It's REWARD time! Hooray :)

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Tuesday, August 16, 2011

BEL011: Famous Speech assignment...

Salam and good day peeps especially to my lovely BEL011 kids. As promised, I will share some of the videos to get you started and some useful links for your "Famous Speech" assignment. Good luck people (PD0021B & PD0021H)

Useful links:





Thursday, August 4, 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Abu Hurairah related that the Prophet Muhammad (S.A.W; peace and blessings be upon him) said: Whoever fasts during Ramadhan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. Whoever prays during the nights in Ramadhan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. And he who passes Lailatul-Qadar in prayer with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. 
                                                                                ~ Hadith reported by Al-Bukhari ~

Monday, July 4, 2011

Temple of the King - Rainbow

A song presentation from Fazrien, Nizam and Azahari from PD0021H (4 July 2011)



The Lyrics

One day in the year of the fox
Came a time remembered well
When the strong young man of the rising sun
Heard the tolling of the great black bell

One day in the year of the fox
When the bell began to ring
Meant the time had cometh
For one to go
To the temple of the king

There in the middle of the circle he stands
Searching, seeking
With just one touch of his trembling hand
The answer will be found

Daylight waits while the old man sings
Heaven help me
And then like the rush of a thousand wings
It shines upon the one
And the day had just begun

One day in the year of the fox
Came a time remembered well
When the strong young man of the rising sun
Heard the tolling of the great black bell

One day in the year of the fox
When the bell began to sing
It meant the time had cometh
For one to go
To the temple of the king

There in the middle of the people
He stands
Seeing, feeling
With just a wave of a strong right hand
He's gone
To the temple of the king

Far from the circle at the edge of the world
He's hoping, wondering
Thinking back from the stories he's heard
Of what he's going to see

There in middle of the circle it lies
Heaven help me
Then all could see by the shine in his eyes
The answer had been found

Back with the people in the circle
He stands
Giving, feeling
With just one touch of a strong right hand
They know
Of the temple and the king

....................
Discussion:
1) Why did you guys choose this song?
2) What is the song all about?

Saturday, June 25, 2011

Eric Saade - Break of Dawn


Eric Saade - Break of Dawn

I don't wanna wake up lonely
I can't stand another night alone in my bed
Missing, hoping
At the break of dawn
I won't let go
Won't give up no

Think about home when you're far away
Think about me when I wake up and you're gone
At the break of dawn
Think about us when we said forever
Think about me and remember I'm alone
At the break of dawn
At the break of dawn

I keep dreaming you'll be with me
I believe that somewhere down the line you'll be mine
In the twilight
I feel your beating heart
I won't let go
Won't give up no

Think about home when you're far away
Think about me when I wake up and you're gone
At the break of dawn
Think about us when we said forever
Think about me and remember I'm alone
At the break of dawn
At the break of dawn

My hands were cold and dry
Your cheeks were red
We promised that we'd love forever
That's what we said
That's what we said

Think about home when you're far away
Think about me when I wake up and you're gone
At the break of dawn
Think about us when we said forever
Think about me and remember I'm alone
At the break of dawn
At the break of dawn
At the break of dawn

Wednesday, June 22, 2011

Bruno Mars - Who Is


Who Is Lyrics

Oh, I was perfect
For the circus
If she did me, I do it
Love makes you stupid
  I gave it up but I guess it was not enough
Cause she never seemed satisfied
(Oohh)
  I know I'm not perfect
But at the end of the day
Who is ?
(Oohh)
She wanted someone that's perfect
Well okay
But can you tell me who is ?
(Oohh x2)
She set the bar
Just above the stars
A rocket couldn't reach it
But I still kept on reaching
She watched me try
At least a thousand times
If she loved me, She'd stop me but no...
(Oohh)
  I know I'm not perfect
But at the end of the day
Who is?
(Oohh)
She wanted someone that's perfect
Well okay
But can you tell me who is ?
I saw something worth my future
 So wrong 
So wrong
In my mind I was all it took
But I guess I wasn't wrong
(Oohh)
  I know I'm not perfect
But at the end of the day
Who is ?
(Oohh)
She wanted someone that's perfect
Well okay
But can you tell me who is ?
(Oohh x2)

Monday, June 20, 2011

Bidadari

Mama. She's my bidadari..
Hmmm... wish I had her with me now, hugging me and telling me that it's going to be ok.
Mama, I miss you so much.

Everyday, I have to go through this weird feeling; seeing how they have the luxury of talking to their moms through phone.
Everyday, I see the same scene... mothers taking their children to school.
Everyday, I hear the same voices calling for their moms..."Mak, mak!"

How nice it is to be loved by a mother...kan, kan, kan... To have the warmth smile, cuddling you through thick and thin. Owh.. so soothing. I bet it's nicer if I had one. Jealous. Oh boy, I miss you mama.. I wonder what are you doing up there? Are you ok? Gwaenchanayo? Do you eat well? Are you happy? Are you smiling? Do you miss us here? We miss you.... so much.

It's father's day. How nice it'd be if you could join abah for the party. I think he misses you dearly...he just won't admit that he misses you. You know...guys..;p

Do you think it's childish for me to miss my bidadari? Maybe I should tell you this... You are darn lucky to have your moms around! Seriously. Days without a mother is like having your cereal without milk. Nothing works without the presence of a mother! Nothing! Please love your mother... I hate seeing how people have the guts to leave their mother like a stray cat... Or like a dumb, debile, old, crappy woman alone..waiting and waiting for her children to come home.. Helpless. Restless. Pointless.

Ok... Be there for her! She's always there for you, remember?! Come on... where's the good heart of yours?! Use it....

Thank you mama and all moms out there.. for everything! Thank you thank you thank you...

P/s - I love you.

Wednesday, June 15, 2011

The English language...

Hey, I found this nice poem when I was doing my spring cleaning in my office..and I thought it'd be nice if people can read this beautiful poem about English language.... So, here it goes...


The English language
is
a kingdom
and
a sleeping beauty.
You must
awaken her
in yourself,
and the whole kingdom
will come to life
and be
yours.

L.L. Szkutnik

I can handle it...

I can handle it...

The tears...
The sweat...
The voice...
The whisper...
The howl...
The shout...
The clapperclaw...
The stare...
and the sigh...

in the middle of some dark, 'solitary' nights...
in the midst of the choleric dawn...

Damn, I could have sworn I'd wish to be elsewhere for million times...

Keep on wishing...
Keep on thinking...
Keep on holding...

The promise...
The vows...
The lines...

It's THE smile that keeps me strong...
It's THE smile that makes my day...

I think I can make it!
I can handle it!
Yeah, I can handle it!

aNs
15 June 2011 
TJI7, Jengka, Pahang

Thursday, April 21, 2011

The curse...

"Loneliness is always looking for a friend. It found me once and it has been around since then...."

Am I cursed?

Urgh... I envy those who have partners whom they can look up to. I am green with envy for those who have fantabulous companions whom they can share stuff with. Hmm.. as I recall, I have never been this covetous before I lost...well, you can say...pretty much everything. That's what they say when they lost people they love(d) right?! Whenever I see happy people enjoying their lives with their partners, it makes me want to puke on my black-colored carpet of my car!

Note to self: I am now avaricious and I will try my level best to do anything for love! (Errk...suddenly I sound strangely prehensile...oh boy, I don't want to be too greedy...but I think I deserve it..at least a bit...)

Why am I here? Why am I alone.... aigoo... I feel so beaten up... This swollen heart. I wonder when will it heal... If not today, tomorrow perhaps...if not? Maybe the next day...

I don't want to end up alone.

Ok. That's all.

-> Luahan perasaan pada hari Khamis, 21 April tatkala para pelajar sedang sibuk menjalani peperiksaan akhir. Mood: PMS

p/s - Good luck to all!

Wednesday, April 13, 2011

OK... I'm officially back...online! Yippie..

Ok. Announcement: My old number is back! It's ON! I'm ONLINE! Yeay! So, kindly reach for my arms using that number ya...; 012970....

Ok, that's all.

TQ.

Sunday, April 10, 2011

ATTENTION: SIM glitch....

Assalamualaikum, salam sejahtera and salam 1 Malaysia...

I am utterly and awfully sorry if I have not replied any of your SMS(es) and calls as my number (012-970....) is facing some technical glitch at the moment. I cannot make any calls, I cannot send any texts, I cannot receive calls and SMSes or MMSes and I cannot update my status online for the time being.

I am so sorry for such inconvenience.

As for now, I am going to use this number temporarily till my number is fixed.

013-3270334

TQVM

Regards,
Ahmad Niza Syazre, Monday, 11 April 2011.

Sunday, March 6, 2011

It's impossible...(A letter of a broken hearted boy)

Assalamualaikum and a very good day,

Pheeeww.... I feel like singing Xtina's "It's Impossible" at the moment. Ok. Off limit. Trust me, this has nothing to do with the song...no relation whats o'er.

The truth is, I think it's just impossible for us to get back on track. It's just impossible. What we had for over a year seems to be wasted now. (Sigh). I am sorry for everything. I am also happy to see how happy you are now with THE new guy. Seriously, I am happy. I hope he is way better than I am or was for that matter.

I now dedicate this song for you. It is a song performed by Misha Omar; "Kau Yang Amat Ku Sayang". Darling, thank you for everything. You have made my life perfect...at least I felt good whenever I was with you. Those sweet memories; driving to the light city, buying you gifts, hanging out with your friends, going to unrated places, watching movies, shopping and window-shopping, watching the balloons fly by, a series of tasting various dishes (oh boy, that was fun), sitting in the car while waiting for the hard rain to stop, listening to your bad day stories... and what comes to my mind now is the most precious memory; ... Remember when you were awfully ill that day? I came and took you to the medical centre. Yes. It was a good day for me as I had the chance to display my caring, cuddly, husband-ly and fatherly side. I miss all those. On top of all, I miss you.

It's ok. Things happen for a reason, am I right?! I guess, we are better off without each other. One thing I beg from you. I hope we can still be friends. We're all grownups. I believe that this will crave smiles on our faces when we are older. Looking back at those years. Wow. How enticing; reminiscing the good old days. Huhu.

I wish you all the best with your life. I hope you guys can make it through thick and thin. Be the sweet, cute couple ya!

Regards,
Me, myself and I.
...........................

Crap. I feel so crappy-ly awkward. I don't know why but I feel so defeated now. I even feel like a loser. I feel like a car is being dropped on top of me from a 20-storey building. Darn. Darn. Darn. I hate this feeling. Falling out of love is hard for me. Now you expect me to move along?! Oh boy, oh boy...that's tough! I'm sorry, I can't play along with you this time. I choose to excuse myself from the game. Good luck my darling. Goodnight.

Saturday, February 26, 2011

BEL260 - Group Discussion (The Do's & Don'ts)

Ladies and gentle of all ages, here's some tips and guidelines for your speaking test....

What you should DO for BEL260 Speaking Test:

1. Check your session before the test : date, time, venue...

2. Be at the exam venue at least 5 minutes before the test

3. Bring in ONLY pen and(or) pencil

4. The first round is Task A:

Task A - Individual Suggestion (8 minutes) :

(After you settle down to start the session, you will be given 2 minutes to prepare your response)
-> Candidate A will then start his/her personal/individual presentation. At this point, there should be no argument or interruption.
-> The rest of the group members (those who are not presenting at that moment of time) should jot down some relevant points to be used for Task B.
 -> Please focus and listen to everyone's presentation.

Candidate A - 2 minutes presentation.                               
Candidate B - 2 minutes presentation.
Candidate C - 2 minutes presentation.
Candidate D - 2 minutes presentation.

5. The individual suggestion MUST consist the followings:

a. Intro

b. Thesis Statement
(the Suggestion +
Topic Sentence 1 (WHY 1),
Topic Sentence 2 (WHY 2),
Topic Sentence 3 (WHY 3))

c. Topic Sentences (3 'WHY-s' of Suggestion)

d. Supporting Details (3 - WHY 1, WHY 2, WHY 3)
- Elaboration                       
- Examples

* The second round is Task B (10 minutes): Group discussion.

Task B - Group Discussion and Conclusion (Decision) - 10 minutes

1. Observe the time limit for the Group Discussion and Conclusion:

1000 - 0100 : Group Discussion

0100 - 0000 : Conclusion & Decision (agreed by everyone) by Group Leader

2. The conclusion must consist of:
- ALL the suggestions made by Candidate A, B, C and D
- The Best Suggestion (Decision) MUST be agreed by everyone - failure to make the decision will result in reduction of marks for Task Fulfillment (Content)

3. Fully utilise the time allocated for the test.

4. Produce clear voice with correct intonation and pronunciation.

Guys,

Please REMEMBER to:

1. Check your session before the test : date, time, venue

2. Be at the exam venue at least 5 minutes before the test

3. Bring in ONLY pen and(or) pencil

4. Observe the time limit:

1000 - 0900 : Intro by Group Leader

0900 - 0700 : Candidate A

0700 - 0500 : Candidate B

0500 - 0300 : Candidate C

0300 - 0100 : Candidate D

0100 - 0000 : Conclusion & Decision by Group Leader

5. Make sure that the individual suggestion consists of the followings:

1. Intro

2. Thesis Statement

3. Topic Sentences (3)

4. Supporting Details (3)
- Elaboration                   
- Examples

5. Produce clear voice with correct intonation and pronunciation.

What you should NOT DO:

1. Overshadow others.
2. Not participating in the discussion (passive).
3. Not giving chances for others to speak.
4. Abusing the time limit.
5. Not respecting others.
6. Using abusive language.
7. Bring in "pre-prepared" notes before the session.

All the best! ;p

Thursday, February 24, 2011

Only One by Yellowcard

Only One lyrics

Broken this f……… thing now
And I can't, I can't pick up the p………
And I've t……… my words all around
But I can't, I can't give you a r………

I f…… so broken up (so broken up)
And I g…… up (I give up) 
I just want to t…… you so you know

Here I go, s……… my lungs out and try to get to you
You are my only one
I let go, there's just no one that gets me l…… you do
You are my only, my only one

Made my m………, let you down
And I can't, I can't hold on for too long
Ran my w…… life in the ground
And I can't, I can't get up when you're g……

And something's breaking up (breaking up)
I feel l…… giving up (like giving up)
I won't walk out u…… you know

Here I go, scream my l…… out and try to get to you
You are my only one
I let go, t…… just no one who gets me like you do
You are my only, my only one

Here I go so d………
L……… a note for you my only one
And I know you can see right t……… me
So let me go and you will find s…………

Here I go, scream my lungs out and try to get to you
You are my only one
I let go, there's just no one, no one like you
You are my only, my only one
My only one
My only one
My only one
You are my only, my only one